Rabu, Mei 06, 2009

MESYUARAT AGUNG PWNSDK KALI KEDUA

Sebelum hevahan di bawah ini ditulis, persatuan ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua pembaca halaman blog ini kerana persatuan sudah lama tidak mengemaskini hebahan-hebahan dan laporan-laporan aktiviti persatuan ini memandangkan terdapatnya beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK) akan mengadakan mesyuarat agungnya untuk kali yang kedua pada 9 Mei 2009 ini iaitu pada Hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Mesyuarat agung tersebut akan diadakan di pejabat persatuan seperti alamat berikut:

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK),
No 59-2 Tingkat 2,
Jalan Toman 4,
Kemayan Square,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan.

Justeru, persatuan ingin menjemput semua ahli biasa dan ahli bersekutu serta para pembaca halaman blog ini untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Tuan/puan boleh mengesahkan kehadiran tuan/puan kepada Pengerusi PWNSDK iaitu Encik Wan Mohd Suhaimi di talian bimbitnya, 0139801481 atau Setiausaha PWNSDK iaitu Encik Mohd Hairi di talian, 0122412402 atau Bendahari PWNSSDK iaitu Encik Mohd Nasir di talian, 0193941441.

Kehadiran tuan/puan ke mesyuarat agung persatuan ini diharapkan dapat menambahkan lagi seri perjalanan mesyuarat ini Insya-Allah. Di samping itu juga, bolehlah ahli-ahli biasa dan ahli-ahli bersekutu untuk memikirkan calon yang benar-benar layak untuk dipilih sebagai barisan kepimpinan baru persatuan bagi tahun 2009-2010 di mana, seramai enam orang barisan kepimpinan baru akan dipilih di dalam mesyuarat tersebut untuk menerajui, merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti persatuan ini.

Pihak persatuan ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran tuan/puan ke mesyuarat agung PWNSDK kali kedua ini kelak.

Harap maklum.

Tiada ulasan: