Ahad, Disember 28, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRIAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Pada hari yang penuh keberkatan ini, seluruh kepimpinan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK) dengan rasa syukurnya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun baru, Tahun 1430 Hijriah kepada seluruh ahli persatuan ini dan juga pembaca-pembaca blog ini yang tidak putus-putus memberikan komitmen, sumbangan dalam apa jua bentuk pun, dan pandangan-pandangan yang bernas bagi memartabatkan lagi persatuan ini ke mercu kegemilangan khususnya bagi menyebarkan Syiar Islam kepada orang-orang cacat penglihatan di Negeri Sembilan ini khasnya dan di seluruh Malaysia amnya. Kepimpinan PWNSDK mendoakan agar kalian semua dicucuri Rahmat, diberkati dan dikasihi Allah SWT hendaknya sepanjang masa dan ketika. Kami mendoakan juga agar tahun 1430 Hijriah ini memberikan ketenangan dan kesenangan kepada semua di samping dilimpahkan rezeki yang Halal serta dimakbulkan segala hajat dan cita-cita serta azam kalian semua.

Di kesempatan ini juga, seluruh kepimpinan PWNSDK ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih sekali lagi kepada semua penderma budiman di atas sumbang bakti tuan-tuan semua memberikan bantuan dalam bentuk dana bagi merealisasikan penubuhan persatuan ini dalam tanggungjawab kami mengadakan aktiviti-aktiviti bagi manfaat dan kemaslahatan ahli-ahli persatuan sepanjang tahun 1429 Hijriah ini. Sesungguhnya, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa, budi dan bakti tuan-tuan semua.

Besar harapan persatuan ini, agar pada tahun 1430 Hijriah yang baru kita sama-sama lalui ini, PWNSDK dapat menjalankan aktiviti-aktivitinya yang lebih bermanfaat dan berkesan lagi kepada ahli-ahlinya khususnya aktiviti-aktiviti berbentuk kelas-kelas Fardhu Ain dan kelas-kelas Fardhu Kifayah yang lain hasil daripada bantuan dan sumbangan bakti daripada tuan-tuan semua. Persatuan juga berharap dan mendoakan agar pada tahun 1430 hijriah ini akan memberi sinar baru kepadanya dalam mengurustadbir akan perjalanan persatuan ini dengan lebih mudah dan selesa dengan kelengkapan-kelengkapan yang sepatutnya ada bagi sesebuah pentadbiran.

Semoga dengan adanya kelengkapan-kelengkapan dalam aspek pentadbiran di samping berjalannya aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini, persatuan dapat mencapai akan objektif penubuhannya dan merealisasikan impian persatuan untuk menjadi persatuan yang cemerlang dalam memberikan pendidikan dan meningkatkan taraf ekonomi ahli-ahlinya Insya Allah.

YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN MANGKAT

Seremban, 27 Dis. -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Jaafar pagi ini.
Sebelum ini, baginda telah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Istana Hinggap Seremban.


Seluruh kepimpinan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK) dan ahli-ahli persatuan ini mengalungkan ucapan takziah kepada seluruh warga Istana Di-raja Negeri Sembilan di atas kemangkatan al-Marhum Tuanku Jaafar ibni al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini. Kami mendoakan agar roh baginda dicucuri Rahmat oleh Allah SWT hendaknya. Amin....

Sesungguhnya, kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar kepada persatuan ini khususnya dan rakyat Negeri Sembilan umumnya kerana baginda merupakan pendokong kuat Institusi yang berteraskan Islam di Negeri Sembilan ini. Baginda merupakan tonggak utama kepada perjuangan Islam oleh persatuan ini. Marilah kita sama-sama hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda.

Al-Fatihah.

Sabtu, Disember 27, 2008

YANG DIPERTUAN BESAR MANGKAT

Seluruh kepimpinan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK) dan ahli-ahli persatuan ini dengan penuh dukacitanya ingin mengalungkan ucapan takziah kepada seluruh warga Istana Di-raja Negeri Sembilan di atas kemangkatan al-Marhum Tuanku Jaafar ibni al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini. Kami mendoakan agar roh baginda dicucuri Rahmat oleh Allah SWT hendaknya. Amin....

Sesungguhnya, kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar kepada persatuan ini khususnya dan rakyat Negeri Sembilan umumnya kerana baginda merupakan pendokong kuat Institusi yang berteraskan Islam di Negeri Sembilan ini. Baginda merupakan tonggak utama kepada perCjuangan Islam oleh persatuan ini. Marilah kita sama-sama hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda.

Al-Fatihah.

Isnin, Disember 08, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHHA 1429 HIJRIAH

Seluruh kepimpinan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Negeri Sembilan [PWNSDK] mengucapkan salam Aidil Adhha 1429 Hijriah kepada Ahli-Ahli biasa, Ahli-ahli bersekutu, Ahli-ahli seumur hidup persatuan ini dan semua pembaca blog ini yang tak jemu-jemu menghulurkan bantuan dan sumbangan daripada apa segi sekalipun. Menjadi harapan persatuan agar kalian semua mendapat rahmat dan kasih sayang yang berkekalan dan berpanjangan daripada Allah Subhanahu Wataala hendaknya. Insya-Allah.

SALAM AIDIL ADHHA