Rabu, Oktober 10, 2012

ceramah sempena Zulhijjah 1433

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus (PWNSDK) akan mengadakan majlis ceramah bulanan seperti berikut: Tarikh: 13 Oktober 2012 Masa: 10.45 Pagi Hari: Sabtu Tempat: No 16, Taman Syukor Ampangan (pejabat pWNSDK) pihak persatuan menjemput serta mengalu-alukan kehadiran para ahli PWNSDK dan kepada ahli PERTIS yang lain menyokong aktiviti yang dinjurkan oleh PWNSDK. bersama-samalah kita mengisikan masa yang diberikan dengan menambahkan ilmu pengetahuan dengan menghadiri ceramah yang dianjurkan.

Isnin, Mei 21, 2012

ucapan takziah

Assalamualaikum kepada pembaca blog PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul khusus dimaklumkan Encik Ayop bin Endot merupakan ahli seumur hidup PERTIS telah kembali kerahmatullah pada 20 May 2012 pada jam 12.30 semalam. beliau merupakan ahli yang sentiasa menyokong program-program yang dianjurkan oleh PERTIS Wilayah Negeri Sembilan khususnya semasa hayatnya. walaupun dengan usianya yang lanjut namun beliau hadir. kepada ahli PERTIS Negeri Sembilan Khususnya diharapkan agar dapat mencontohi komitmen beliau terhadap persatuan. kami bagi pihak AJK PERTIS Wilayah Negeri Sembilan dan seluruh ahli PERTIS Wilayah Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau dan semoga beliau ditempatkan dengan orang-orang yang beriman amin alfatihah.....

Jumaat, Mei 11, 2012

BARISAN KEPIMPINAN PERTIS WILAYAH NEGERI SEMBILAN SESI 2012-2013

2.2 Barisan Kepimpinan Terkini PERTIS Negeri Sembilan: Bil. Nama Jawatan 1. Ustaz. Mohd Hairie bin Aris (Ahli Biasa) Pengerusi 2. Ustaz Kamal bin Majid (Ahli Biasa) Naib Pengerusi 3. En. Khairul Azwan bin Wahab (Ahli Biasa) Setiausaha 4. En. Abdullah bin Abu Bakar (Ahli Bersekutua) Bendahari 5. Cikgu Mariam binti Abdullah (Ahli Bersekutu) AJK Biasa 6. Pn. Safmiah RS binti Jaini (Ahli Bersekutu) AJK Biasa Pemeriksa Kira-kira Dalaman: Ustaz Muhammad Nasir bin Mohamed Yusoff.

Khamis, April 05, 2012

Notis Mesyuarat Agung PERTIS Negeri Sembilan Darul Khusus kali kelima

Assalamualaikum kepada semua ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus (PWNSDK) notis mesyuarat agung persatuan kali kelima akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 10 Jamadil Akhir 1433 hijriah bersamaan 1 Mei 2012 Hari: Selasa Masa: 10.30 Pagi hingga 2.00 Petang Tempat: No 16, Taman Syukur Ampangan, Seremban (pejabat PWNSDK) pihak persatuan berharap ahli-ahli dapat menghadiri mesyuarat agung tersebut bagi memilih kepimpinan yang baru. segala maksud pendaftaran dan pertanyaanbolehlah hubungi Pengerusi PWNSDK ditalian 012-2412402. pihak persatuan berharap agar ahli mendaftarkan kehadiran bagi memudahkan tempahan penyediaan makanan sebelum 24 April 2012. kerjasama dan keperihatinan ahli amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. sekian, wasalam.

Selasa, Mac 20, 2012

hebahan kepada ahli pertis negeri sembilan

assalamualaikum kepada semua ahli pertis diharapkan membayar yuran keahlian tahunan bagi menyertai aktiviti persatuan dan kepada ahli biasa dapat menyertai mesyuarat agung persatuan. kerjasama daripada ahli sekalian amatlah kami pohon bagi menjamin kejayaan pertis dimasa kini dan akan datang. segala komentar dan idea-idea yang bernas bagi memajukan persatuan terutamanya pertis wilayah negeri sembilan dan keseluruhan pertis cawangan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Selasa, Januari 10, 2012

ucapan penghargaan daripada pihak persatuan untuk semua

Assalamualaikum kepada pembaca blog kami. pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang memberi sokongan kepada kami dalam menjalankan segala program yang telah berlangsung pada tahun 2011. sokongan secara langsung amatlah kami menghargainya. pada tahun yang baru ini kami berharap agar sokongan yang lebih lagi diberikan kepada pihak PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus agar kami terus dapat maju kehadapan dan dapat mengadakan aktiviti-aktiviti yang lebih pelbagai pada tahun 2012 ini. semoga Allah membalas usaha kalian yang memberi sokongan kepada pihak kami. kami berharap agar tahun ini lebih banyak lagi Jabatan-jabatan Kerajaan mahupun Agensi Suasta bersama-bersama kami dalam mengadakan program untuk persatuan supaya dapat melibatkan ahli-ahli PWNSDK khususnya dan ahli PERTIS keseluruhannya.