Selasa, Mei 12, 2009

BARISAN KEPIMPINAN BARU DALAM PWNSDK 2009-2010

Alhamdulillah, PWNSDK telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya bagi kali yang kedua (MAT2) baru-baru ini. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada Hari Sabtu, 9 Mei 2009 di Pejabat PWNSDK di Jalan Toman 4, Kemayan Square.

Mesyuarat ini telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ketibaan para ahli dan sarapan pagi. Pelbagai agenda mesyuarat telah dibincangkan di dalam MAT2 ini. Pelbagai keputusan juga telah diambil dalam MAT2 ini bagi kemaslahatan ahli-ahli persatuan ini.

Seramai kurang lebih 30 orang ahli-ahli persatuan telah menghadiri mesyuarat ini.

MAT2 telah dimulakan dengan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Penyelaras PWNSDK merangkap Setiausaha Agung PERTIS Pusat iaitu Encik Abu Hassan Ashari bin Razak yang mewakili Yang Dipertua PERTIS Pusat, Encik Mohamed bin Ismail yang tidak dapat menghadirkan diri lantarawn kesihatan beliau yang tidak mengizinkan pada hari tersebut.

Di dalam MAT2 ini juga, seramai enam orang Ahli Jawatankuasa baru yang bertindak sebagai barisan kepimpinan PWNSDK telah dipilih bagi merancang, merangka dan melaksanakan program/aktiviti PWNSDK demi memartabatkan syiar Islam sejajar dengan objektif penubuhan PWNSDK ini. Berikut adalah senarai kepimpinan baru PWNSDK bagi tahun 2009-2010:-

Pengerusi: Encik Mohd Hairie bin Aris.
Naib Pengerusi: Encik Kamal bin Majid.
Setiausaha: Encik Mohd Nasir bin Mohamed Yusoff.
Bendahari: Encik Abdullah bin Abu Bakar.
Dua Orang Ahli jawatankuasa biasa iaitu: Cik Norsinar Suria binti Ibrahim
.
Puan Hajjah Maimun binti Ujang.
Pemeriksa kira-kira: Encik Chik Rahman bin Ibrahim.

Sekalung tahniah persatuan ucapkan kepada barisan kepimpinan PWNSDK sesi 2009-2010 yang baru. Menjadi harapan persatuan, barisan kepimpinan PWNSDK sesi 2009-2010 ini akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas demi membangunkan PWNSDK sebaris dengan PERTIS Wilayah-wilayah yang lain Insya-Allah.

Mesyuarat tersebut telah ditangguhkan pada jam 1.10 petang dan diikuti dengan jamuan makan tengah hari.

Secara keseluruhannya, perjalanan MAT2 ini agak memuaskan dan dapat dijalankan dengan lancar. Persatuan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah menghadirkan diri di dalam MAT2 ini. Memang menjadi kebanggan kepada persatuan akan komitmen anda di dalam melibatkan diri dengan setiap program/aktiviti yang dianjurkan oleh PWNSDK ini.

Ribuan terima kasih juga persatuan rakamkan kepada semua dermawan budiman yang tidak putus-putus menghulurkan tangan anda bagi menyalurkan derma dan sumbang bakti kepada PWNSDK ini walau dalam apa jua bentuk pun bagi melihat persatuan ini terus berdiri dan melaksanakan aktiviti bagi kemaslahatan ahli-ahlinya. Sesungguhnya, hanya Allah jualah yang dapat menimbang jasa dan bakti bagi ditebuskan dengan pahala untuk ditukarkan dengan ganjaran syurga dengan Rahmat-Nya itu. Wallahu A’-lam.

Tiada ulasan: