Selasa, Mei 12, 2009

BARISAN KEPIMPINAN BARU DALAM PWNSDK 2009-2010

Alhamdulillah, PWNSDK telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya bagi kali yang kedua (MAT2) baru-baru ini. Mesyuarat tersebut telah diadakan pada Hari Sabtu, 9 Mei 2009 di Pejabat PWNSDK di Jalan Toman 4, Kemayan Square.

Mesyuarat ini telah dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan ketibaan para ahli dan sarapan pagi. Pelbagai agenda mesyuarat telah dibincangkan di dalam MAT2 ini. Pelbagai keputusan juga telah diambil dalam MAT2 ini bagi kemaslahatan ahli-ahli persatuan ini.

Seramai kurang lebih 30 orang ahli-ahli persatuan telah menghadiri mesyuarat ini.

MAT2 telah dimulakan dengan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Penyelaras PWNSDK merangkap Setiausaha Agung PERTIS Pusat iaitu Encik Abu Hassan Ashari bin Razak yang mewakili Yang Dipertua PERTIS Pusat, Encik Mohamed bin Ismail yang tidak dapat menghadirkan diri lantarawn kesihatan beliau yang tidak mengizinkan pada hari tersebut.

Di dalam MAT2 ini juga, seramai enam orang Ahli Jawatankuasa baru yang bertindak sebagai barisan kepimpinan PWNSDK telah dipilih bagi merancang, merangka dan melaksanakan program/aktiviti PWNSDK demi memartabatkan syiar Islam sejajar dengan objektif penubuhan PWNSDK ini. Berikut adalah senarai kepimpinan baru PWNSDK bagi tahun 2009-2010:-

Pengerusi: Encik Mohd Hairie bin Aris.
Naib Pengerusi: Encik Kamal bin Majid.
Setiausaha: Encik Mohd Nasir bin Mohamed Yusoff.
Bendahari: Encik Abdullah bin Abu Bakar.
Dua Orang Ahli jawatankuasa biasa iaitu: Cik Norsinar Suria binti Ibrahim
.
Puan Hajjah Maimun binti Ujang.
Pemeriksa kira-kira: Encik Chik Rahman bin Ibrahim.

Sekalung tahniah persatuan ucapkan kepada barisan kepimpinan PWNSDK sesi 2009-2010 yang baru. Menjadi harapan persatuan, barisan kepimpinan PWNSDK sesi 2009-2010 ini akan dapat melaksanakan tugas mereka dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas demi membangunkan PWNSDK sebaris dengan PERTIS Wilayah-wilayah yang lain Insya-Allah.

Mesyuarat tersebut telah ditangguhkan pada jam 1.10 petang dan diikuti dengan jamuan makan tengah hari.

Secara keseluruhannya, perjalanan MAT2 ini agak memuaskan dan dapat dijalankan dengan lancar. Persatuan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang telah menghadirkan diri di dalam MAT2 ini. Memang menjadi kebanggan kepada persatuan akan komitmen anda di dalam melibatkan diri dengan setiap program/aktiviti yang dianjurkan oleh PWNSDK ini.

Ribuan terima kasih juga persatuan rakamkan kepada semua dermawan budiman yang tidak putus-putus menghulurkan tangan anda bagi menyalurkan derma dan sumbang bakti kepada PWNSDK ini walau dalam apa jua bentuk pun bagi melihat persatuan ini terus berdiri dan melaksanakan aktiviti bagi kemaslahatan ahli-ahlinya. Sesungguhnya, hanya Allah jualah yang dapat menimbang jasa dan bakti bagi ditebuskan dengan pahala untuk ditukarkan dengan ganjaran syurga dengan Rahmat-Nya itu. Wallahu A’-lam.

Rabu, Mei 06, 2009

MESYUARAT AGUNG PWNSDK KALI KEDUA

Sebelum hevahan di bawah ini ditulis, persatuan ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua pembaca halaman blog ini kerana persatuan sudah lama tidak mengemaskini hebahan-hebahan dan laporan-laporan aktiviti persatuan ini memandangkan terdapatnya beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK) akan mengadakan mesyuarat agungnya untuk kali yang kedua pada 9 Mei 2009 ini iaitu pada Hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Mesyuarat agung tersebut akan diadakan di pejabat persatuan seperti alamat berikut:

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK),
No 59-2 Tingkat 2,
Jalan Toman 4,
Kemayan Square,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan.

Justeru, persatuan ingin menjemput semua ahli biasa dan ahli bersekutu serta para pembaca halaman blog ini untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Tuan/puan boleh mengesahkan kehadiran tuan/puan kepada Pengerusi PWNSDK iaitu Encik Wan Mohd Suhaimi di talian bimbitnya, 0139801481 atau Setiausaha PWNSDK iaitu Encik Mohd Hairi di talian, 0122412402 atau Bendahari PWNSSDK iaitu Encik Mohd Nasir di talian, 0193941441.

Kehadiran tuan/puan ke mesyuarat agung persatuan ini diharapkan dapat menambahkan lagi seri perjalanan mesyuarat ini Insya-Allah. Di samping itu juga, bolehlah ahli-ahli biasa dan ahli-ahli bersekutu untuk memikirkan calon yang benar-benar layak untuk dipilih sebagai barisan kepimpinan baru persatuan bagi tahun 2009-2010 di mana, seramai enam orang barisan kepimpinan baru akan dipilih di dalam mesyuarat tersebut untuk menerajui, merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti persatuan ini.

Pihak persatuan ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran tuan/puan ke mesyuarat agung PWNSDK kali kedua ini kelak.

Harap maklum.

Sabtu, Februari 21, 2009

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN

LAPORAN AKTIVITI PWNSDK 2010

MAULIDUR RASUL 1431

Alhamdulillah pertama dan selama kita panjat ke syukuran kepada allah SWT kerana PWNSDK dapat melaksanakan Majlis sambutan Maulidur Rasul 1431H. Majlis ini berlangsung pada 14 Rabiul awal 1431H/28 Febuari 2010, hari Ahad. Majlis dimulakan jam 11 pagi hingga 2 petang, bertempat di pejabat PWNSDK sendiri.

Pelbagai acara telah diatur dan susun seperti, Bacaan Doa, Ucapan Pengerusi,Ucapan Rasmi, Bacaan Berzanji, Ceramah dan jamuan tengah hari. Majlis ini telah dijuruacara oleh Naib Pengerusi Doa dipimpin oleh Ustaz Mohd Nasir Bin Mohamed Yusoff, Perasmian oleh Yang Behormat Encik Rasyid Bin Latih Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ampangan. Bacaan Berzanji telah disampaikan oleh kumpulan Duratun Nasihin, Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Jaffar Bin Muhammad Pendakwah Bebas. Majlis ini mendapat sambutan secara keseluruhan jumlah ahli yang hadir seramai 20 daripada 75 orang, selain itu turut serta ahli Pertis Pusat seramai 3 orang. Dalam majlis ini Encik Abu Hassan Ashari Bin Razak tidak hadir atas sebab-sebab tertentu, beliau memohon kemaafan atas tidak kehadiran beliau.

Kesimpulan, Majlis ini berjalan dengan lancer dan sempurna tanpa sebarang gangguan. Pihak PWNSDK mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tuan/puan dalam majlis ini.





(DISEDIAKAN OLEH)

----------------------------
Mohd Nasir Bin Mohamed Yusoff.

(DISAHKAN OLEH)

-------------------------
Mohd Hairie Bin Aris.



LAPORAN AKTIVITI PWNSDK 2010

MAALHIJRAH 1431

Alhamdulillah pertama dan selama kita panjat ke syukuran kepada allah SWT kerana PWNSDK dapat laksanakan Majlis sambutan Maalhijrah 1431H. Majlis ini berlangsung pada 7 Safar 1431H/23 Januari 2010, hari Sabtu. Majlis dimulakan jam 11 pagi hingga 2 petang, bertempat di pejabat PWNSDK sendiri.

Pelbagai acara telah diatur dan susun seperti, Bacaan Doa, Bacaan Alquran, Ucapan Pengerusi, Ceramah dan jamuan tengah hari. Majlis ini telah dijuruacara oleh setiausaha , Doa dipimpin oleh Ustaz Kamal Bin Majid, bacaan Alquran dibacakan oleh Mohd Shukri Bin Mamat jemputan khas dari Pertis Terengganu. Ceramah Maalhijrah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Ayub Bin Baharudin Pegawai Perkim Negeri Sembilan. Majlis ini mendapat sambutansecara keseluruhan jumlah ahli yang hadirseramai 30 daripada 75 orang, selain itu turut serta ahli Pertis Pusat seramai 10 orang. Dalam majlis ini Encik Abu Hassan Ashari Bin Razak tidak hadir atas sebab-sebab tertentu, beliau memohon kemaafan atas tidak kehadiran beliau.

Kesimpulan, Majlis ini berjalan dengan lancer dan sempurna tanpa sebarang gangguan. Pihak PWNSDK mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tuan/puan dalm majlis ini.





(DISEDIAKAN OLEH)

----------------------------
Mohd Nasir Bin Mohamed Yusoff.

(DISAHKAN OLEH)

-------------------------
Mohd Hairie Bin Aris.


alhamdulillah, PERTIS Wilayah Negeri Sembilan telah selesai mengadakan satu lagi aktivitinya hari ini. aktiviti tersebut ialah ceramah motivasi yang bertajuk "Bagaimana Untuk Memaksimumkan Simpanan Melalui Kitaran Kaedah Ekonomi Islam". ceramah tersebut telah disampaikan oleh seorang penasihat kewangan bebas yang berpengalaman di dalam ekonomi Islam di Negara ini iaitu Encik Nasir Bin Musa. seramai kurang lebih 30 orang ahli persatuan ini telah menghadiri majlis tersebut pagi tadi.

dengan adanya ceramah tersebut pagi tadi, dapatlah kiranya ahli-ahli persatuan ini mengambil manfaat daripadanya khususnya dalam menguruskan simpanan kewangan agar ianya dapat digunakan sekiranya diperlukan pada masa hadapan dengan lebih mudah dan banyak.

Persatuan mengambil kesempadan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada penceramah pada hari ini yang sudi berkongsi maklumat dengan ahli-ahlinya dalam ceramah yang telah disampaikan oleh beliau serta sudi juga mendermakan sejumlah wang kepada persatuan ini bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang akan datang. sesungguhnya, budi baik tuan akan persatuan kenang sampai bila-bila. amin.

persatuan juga mengambil kesempatan dalam tulisan kali ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli persatuan ini yang tidak jemu-jemu menghadiri setiap aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. semoga dengan kehadiran ahli-ahli persatuan ini dapatlah kiranya menambah keberkatan dan mencapai objektif akan penubuhannya sejajar dengan kehendak Islam. Wallahu A'-lam.

Selasa, Februari 17, 2009

AKTIVITI PERTIS N.SEMBILAN

Persatuan Orang cacat penglihatan Islam Malaysia Wilayah N.Sembilan sekali lagi akan menganjurkan satu ceramah motivasi yang bertajuk :

" Bagaimana untuk memaksimumkan wang simpanan melalui kaedah kitaran ekonomi islam/Nabi Yusuf A.S ".

Tarikh : 21 Februari 2009
Hari : Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Pejabat Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Wilayah N. Sembilan
59-2 Tingkat 2, Jalan Toman 4, Kemayang Square, 70200 Seremban,
N. Sembilan.

Ceramah tersebut akan disampaikan oleh En. Nasir bin Musa, Independent Financial Advisor.


Seluruh ahli PERTIS wilayah N. Sembilan dijemput hadir bagi memanfaatkan maklumat dari ceramah yang berguna ini.

Sekian Harap Maklum.

Sabtu, Januari 31, 2009

AKTIVITI PERSATUAN YANG TELAH DIJALANKAN

Alhamdulillah, pada 20 Muharram bersamaan dengan 17 Januari yang lalu, PWNSDK telah berjaya mengadakan majlis sambutan maal hijriah 1430-nya dengan jayanya. Majlis tersebut telah diadakan di pejabat persatuan ini iaitu di Jalan Toman 4, Kemayan Square, Seremban. Majlis tersebut dimulakan pada jam 11.30 pagi dan dirasmikan oleh Setiausaha Agung PERTIS Pusat yang juga merupakan Penyelaras kepada PWNSDK. Manakala, Penceramah jemputan seperti yang diwarwarkan sebelum ini iaitu Ustaz Mohd Yusof bin Tahir tidak dapat menghadirkan diri lantaran daripada kesihatan beliau yang tidak mengizinkan dan beliau digantikan oleh penceramah yang lain iaitu Ustaz Jasni Bin Ajong yang juga merupakan penceramah dari JAINS.

Ceramah pada hari tersebut berkisarkan sejarah Nabi kita menghadapi ujian dan cabaran sebelum berhijrah ke Madinah al-Munawwarah dan keadaan-keadaan semasa yang berlaku di sekitar Negeri Sembilan yang boleh diambil iktibar dan panduan khususnya untuk para remaja dan juga golongan OKU Penglihatan di negeri ini. Majlis
Tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Setiausaha Agung PERTIS Pusat kepada penceramah serta diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.

Secara Keseluruhannya majlis tersebut dianggap berjaya dengan kehadiran ahli-ahli PWNSDK yang memberangsangkan.
PWNSDK ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian ahli-ahli menghadirkan diri dalam program tersebut. wallahu a'lam

Isnin, Januari 12, 2009

HEBAHAN AKTIVITI PERSATUAN

Sebagai hebahan kepada ahli-ahli PWNSDK, pada hari Sabtu bersamaan dengan 20 Muharram 1430/17 Januari 2009, persatuan akan menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijriah 1430 Hijriah bertempat di Pejabat PWNSDK di alamat berikut:

No 59-2, Tingkat 2,
Jalan Toman 4,
Kemayan Square,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan.

Antara pengisian majlis tersebut ialah:

9.00 Pagi : ketibaan para tetamu jemputan.
10.00 pagi : Ketibaan Penceramah Jemputan.
10.20 Pagi : Ucapan Alu-aluan oleh Pengacara Majlis
10.25 pagi : bacaan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim oleh Qari jemputan iaitu Saudara Khairul Azmi bin Mohd Saat.
10.40 pagi : ucapan alu-aluan oleh Pengerusi PWNSDK
10.50 pagi : Ucapan Perasmian yang dijangka akan dirasmikan Oleh Yang Dipertua PERTIS Pusat
11.00 pagi : Ceramah bertajuk “Hijrahkah Kita Pada Hakikatnya?” yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia, al-Fadhil Ustaz Mohd Yusof bin Tahir
dari Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS).
12.00 Tengah hari : Penyampaian Cendera Hati kepada penceramah
12.15 Tengah Hari : Jamuan Makan Tengah Hari.
1.30 Tengah Hari : Solat Fardhu Zuhur secara berjemaah
2.00 Petang : majlis bersurai.

Justeru, ahli-ahli persatuan ini dijemput untuk menghadiri majlis tersebut di mana, majlis tersebut akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Selain itu juga, ahli-ahli persatuan ini bolehlah menjelaskan yuran keahlian tahunan ahli bagi tahun 1430 Hijriah/2009 Masihi ini kepada Bendahari PWNSDK semasa majlis ini berlangsung. Sebagai peringatan kepada ahli-ahli, yuran keahlian untuk ahli biasa ialah RM6.00 sahaja manakala yuran keahlian untuk ahli-ahli bersekutu adalah RM3.00 sahaja.

Kerjasama daripada ahli-ahli bagi menghadiri majlis yang bermanfaat ini amatlah dialu-alukan dan persatuan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Jumaat, Januari 09, 2009

PERBELANJAAN PWNSDK BAGI 2009

Sebagai perancangan bagi menjalankan pentadbiran persatuan ini serta melaksanakan aktiviti-aktiviti persatuan ini bagi tahun 1430 Hijriah/2009 Masihi, persatuan telah merangka kertas kerja bagi memohon sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan/swasta, syarikat-syarikat korporat, ahli-ahli yang berhormat, orang-orang kenamaan dan seluruh pembaca blog ini dengan harapan agar kalian semua dapatlah kiranya menghulurkan sumbangan bagi pembiayaan aktiviti-aktiviti persatuan ini dan juga pembiayaan kepada proses pentadbiran persatuan ini.

Berikut adalah disertakan butiran angaran perbelanjaan persatuan bagi tahun 1430 Hijriah/2009 Masihi ini.


KERTAS KERJA PERBELANJAAN
PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA
WILAYAH NEGERI SEMBILAN
(PWNSDK)
BAGI TAHUN 1430 HIJRIAH/2009 MASIHI

Pendahuluan

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Negeri Sembilan atau lebih dikenali dengan PWNSDK merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non Government Organization). PERTIS Wilayah negeri sembilan telah ditubuhkan pada tahun 2007. Ia telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (Registra Of Organizations) melalui PERTIS Pusat. (No. pendaftaran: 2388). Persatuan ini ditubuh dan ditadbir-kendali sepenuhnya oleh OKU Penglihatan. Ia terletak di No 59-2, Tingkat 2, Jalan Toman 4, Kemayan Square, Seremban. Secara amnya, keahlian PERTIS terbuka kepada semua orang Islam yang beragama Islam dan bertaraf kewarganegaraan Malaysia. Dalam hal ini, terdapat dua jenis keahlian iaitu Ahli Biasa (Ordinary Members) dan Ahli Bersekutu (Associate Members). Pintu keahlian biasa Cuma dibuka kepada OKU Penglihatan, manakala status keahlian bersekutu pula diperuntukkan kepada Bukan OKU Penglihatan. Sehingga akhir bulan Disember 2008, jumlah keahlian PERTIS Wilayah Negeri Sembilan telah menjangkau ke angka 100 orang. Yuran tahunan yang dikenakan adalah RM 6.00 seorang. Bagi meringankan beban yuran ahli-ahli yang sudah berkeluarga, konsep yuran ahli tanggungan turut diperkenalkan. Sementara itu, ahli-ahli juga boleh memohon taraf Ahli Seumur Hidup iaitu dengan membayar kadar yuran sebanyak RM 50.00 (sekali sahaja).

Pelbagai aktiviti telah dan sedang dijalankan bagi manfaat ahli persatuan ini khususnya di Negeri Sembilan ini. Semenjak ia ditubuhkan, antara aktiviti yang telah dijalankan ialah, mengadakan perjumpaan dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan seumpamanya bagi menyatakan dan memperkenalkan persatuan kepada khalayak umum di Negeri Sembilan, mengadakan Lawatan sambil belajar ke Negeri Kelantan dan Terengganu yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang bagaimana aktiviti-aktiviti sosial diadakan di luar, majlis berbuka puasa, majlis sambutan hari raya aidil fitri dan penyampaian sumbangan duit raya kepada ahli-ahli (Warga emas). Di samping itu juga, persatuan merancang untuk mengadakan kelas mempelajari al-Quran Braille dan kelas-kelas fardhu ain yang lain dari semasa ke semasa.

Untuk pengetahuan tuan juga, sebarang aktiviti/kegiatan yang dijalankan oleh persatuan ini bagi memberikan impak yang positif kepada ahli-ahli ini, kos setiap aktivitinya sepenuhnya datang daripada sumbangan ikhlas dan derma orang ramai yang prihatin. Oleh kerana persatuan ini bersifat islamik dan agak baru di Negeri Sembilan ini, maka dana bagi mengadakan sebarang aktiviti adalah terbatas. Disebabkan itu, pelbagai aktiviti-aktiviti penting yang telah dirancang oleh persatuan agak sukar dilaksanakan lantaran daripada kekangan kewangan yang sedang dihadapi oleh persatuan ini.

TUJUAN

Kertas Kerja ini bertujuan membentangkan segala maklumat berhubung program-program/aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk Ahli-ahli Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus (PWNSDK) bagi memohon bantuan perbelanjaan untuk urusan pentadbiran persatuan serta bantuan perbelanjaan pengurusansegala aktiviti persatuan ini bagi tahun 1430 Hijriah/2009 Masihi.


RASIONAL

1. Urusan pentadbiran persatuan penting bagi menggerakkan persatuan ini demi kemaslahatan ahli-ahli persatuan ini bagi mencapai objektif penubuhannya.

2. Manakala Program-program/aktiviti-aktiviti perlu diadakan bagi merapatkan perpaduan antara satu sama lain serta melalui program yang dirancangkan antara ahli dalam persatuan dapatlah bersama-sama meningkatkan ilmu pengetahuan, memberikan peluang untuk mereka meningkatkan taraf ekonomi mereka dan melatih mereka untuk berdikari sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan golongan OKU yang berdikari dan berdiri samarata dengan rakyat Malaysia yang lain.

3. Secara umumnya semua masyarakat mengetahui bahawa Agama Islam ialah satu agama yang lengkap dan mempunyai ramai penduduk di Dunia tetapi berapa ramaikah umat Islam mendapat tunjuk ajar yang sempurna dan mendapat pendedahan yang berkesan bagi mengisi kehidupan seharian?

4. Menyedari situasi dan hakikat yang berlaku, program/aktiviti yang bermanfaat perlu dirancangkan bagi mengajak seluruh umat Islam bersatu dalam segala hal bagi menuju jalan yangdiredhai Allah.

5. Disebabkan hal yang demikin, tanggungjawab golongan yang berilmu hendaklah bersama-sama menerangkan tuntutan Fardhu Ain kepada umat Islam bagi menyempurnakan tuntutan Fardhu Kifayah kepaada golongan seagama.

6. Justeru itu, pihak persatuan yang beroveantasikan Islam telah mengatur beberapa /aktiviti bagi kemaslahatan para ahli PWNSDK.

7. Melalui aktiviti-aktiviti ini, Pendedahan cara hidup Islam dapat disampaikan terus kepada ahli bagi diamalkan dengan cara yang betul. Oleh itu dapatlah para ahli menyampaikan kepada masyarakat Islam yang lain














OBJEKTIF

1. Memupuk semangat kerjasama dalam komuniti OKU dengan masyarakat Islam yang Lain diantara ahli.

2. Membentuk muslim yang mengerjakan perkara yang diperintahkan Allah dan menginggalkan perkara dilarang Allah.

3. Merapatkan Ukhwah dikalangan umat Islam.

4. Menambahkan Ilmu pengetahuan diantara ahli.


Butiran Perbelanjaan

1. PENTADBIRAN PWNSDK

Sewa Premis PWNSDK = RM 7,800.00.
Upah kerani = RM 3,000.00
Bil-bil Utiliti = RM 4,200.00.
Peralatan Pejabat = RM 6,250.00.
Pengangkutan = RM 2,000.00
Perbelanjaan Mesyuarat = RM 3,100.00
Jumlah = RM 26,350.00

2. AKTIVITI-AKTIVITI PWNSDK

Majlis Sambutan Maal Hijriah 1430 Hijriah = RM 550.00
Ceramah Motivaasi ”Kepentingan Meningkatkan Pendapatan
Diri Mengikut Cara Islam” = RM 550.00
Majlis Sambutan Maulidur-Rasul: = RM 550.00
Bengkel Solat Interaktif = Rm 1,330.00
Forum ”Kesedaran Menghormati Hak Diri Sendiri dan Hak Orang Lain” = RM 770.00
Majlis Ceramah Israk dan Mikraj: = RM 550.00
Majlis Berbuka Puasa = Rm 950.00
Majlis Aidilfitri = Rm 1,300.00
Ceramah Kesihatan “Cara Menangani Penyakit Payu Dara” = RM 550.00
Lawatan Muhibbah Ke PERTIS Wilayah Terengganu = RM 4,400.00
Kelas Pengajian al-Quran Braille = RM 3,600.00
Jumlah = Rm 15,100.00

3. Perbelanjaan Luar Jangka: RM 4,200.00

4. Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan PWNSDK bagi 1430 Hijriah/2009 Masihi ialah:
= RM 45,650.00

PENGANJUR
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus (PWNSDK)

KERJASAMA

Mereka yang terlibat menghulurkan sumbangan

SASARAN
Ahli-ahli PWNSDK

PENUTUP
Dengan dana yang disumbangkan oleh pihak tuan yang prihatin, dapatlah kiranya Persatuan ini melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh persatuan. Pihak persatuan mengharapkan agar aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya, Insya Allah.

“UKHWAH MUSLIM, UMAT BESTARI”

Dikemukakan untuk Pertimbangan oleh,



____________________________________________
(Wan Mohd Suhaimi bin Wan Mohd Zawil Abidin)

Pengerusi
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia
Wilayah Negeri Sembilan
(PWNSDK)


Sekiranya tuan/puan berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada persatuan ini, tuan/puan bolehlah berbuat demekian dengan menghantarkan cek di atas nama Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan di alamat no 59-2, Ting kat 2, Jalan Toman 4, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan ataupun mengkreditkan sumbangan tuan/puan di akaun Bank Islam Malaysia Berhad di atas nama seperti di atas di nombor akaun: 05012010065731.

Untuk makluman tuan/puan juga, sumbangan tuan/puan yang berjumlah RM100 dan ke atas adalah layak menerima perlepasan cukai.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam menghulurkan sumbangan bakti yang tidak terhingga ini, persatuan dahului dengan ucapan berbanyak-banyak terima kasih. Hanya Allah sahajalah yang mampu membalas jasa dan bakti daripada tuan/puan ini. Wallahu a’lam.

Ahad, Disember 28, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 1430 HIJRIAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh. Pada hari yang penuh keberkatan ini, seluruh kepimpinan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK) dengan rasa syukurnya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun baru, Tahun 1430 Hijriah kepada seluruh ahli persatuan ini dan juga pembaca-pembaca blog ini yang tidak putus-putus memberikan komitmen, sumbangan dalam apa jua bentuk pun, dan pandangan-pandangan yang bernas bagi memartabatkan lagi persatuan ini ke mercu kegemilangan khususnya bagi menyebarkan Syiar Islam kepada orang-orang cacat penglihatan di Negeri Sembilan ini khasnya dan di seluruh Malaysia amnya. Kepimpinan PWNSDK mendoakan agar kalian semua dicucuri Rahmat, diberkati dan dikasihi Allah SWT hendaknya sepanjang masa dan ketika. Kami mendoakan juga agar tahun 1430 Hijriah ini memberikan ketenangan dan kesenangan kepada semua di samping dilimpahkan rezeki yang Halal serta dimakbulkan segala hajat dan cita-cita serta azam kalian semua.

Di kesempatan ini juga, seluruh kepimpinan PWNSDK ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih sekali lagi kepada semua penderma budiman di atas sumbang bakti tuan-tuan semua memberikan bantuan dalam bentuk dana bagi merealisasikan penubuhan persatuan ini dalam tanggungjawab kami mengadakan aktiviti-aktiviti bagi manfaat dan kemaslahatan ahli-ahli persatuan sepanjang tahun 1429 Hijriah ini. Sesungguhnya, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa, budi dan bakti tuan-tuan semua.

Besar harapan persatuan ini, agar pada tahun 1430 Hijriah yang baru kita sama-sama lalui ini, PWNSDK dapat menjalankan aktiviti-aktivitinya yang lebih bermanfaat dan berkesan lagi kepada ahli-ahlinya khususnya aktiviti-aktiviti berbentuk kelas-kelas Fardhu Ain dan kelas-kelas Fardhu Kifayah yang lain hasil daripada bantuan dan sumbangan bakti daripada tuan-tuan semua. Persatuan juga berharap dan mendoakan agar pada tahun 1430 hijriah ini akan memberi sinar baru kepadanya dalam mengurustadbir akan perjalanan persatuan ini dengan lebih mudah dan selesa dengan kelengkapan-kelengkapan yang sepatutnya ada bagi sesebuah pentadbiran.

Semoga dengan adanya kelengkapan-kelengkapan dalam aspek pentadbiran di samping berjalannya aktiviti-aktiviti yang telah dirancang ini, persatuan dapat mencapai akan objektif penubuhannya dan merealisasikan impian persatuan untuk menjadi persatuan yang cemerlang dalam memberikan pendidikan dan meningkatkan taraf ekonomi ahli-ahlinya Insya Allah.

YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN MANGKAT

Seremban, 27 Dis. -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Jaafar pagi ini.
Sebelum ini, baginda telah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Istana Hinggap Seremban.


Seluruh kepimpinan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK) dan ahli-ahli persatuan ini mengalungkan ucapan takziah kepada seluruh warga Istana Di-raja Negeri Sembilan di atas kemangkatan al-Marhum Tuanku Jaafar ibni al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini. Kami mendoakan agar roh baginda dicucuri Rahmat oleh Allah SWT hendaknya. Amin....

Sesungguhnya, kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar kepada persatuan ini khususnya dan rakyat Negeri Sembilan umumnya kerana baginda merupakan pendokong kuat Institusi yang berteraskan Islam di Negeri Sembilan ini. Baginda merupakan tonggak utama kepada perjuangan Islam oleh persatuan ini. Marilah kita sama-sama hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda.

Al-Fatihah.

Sabtu, Disember 27, 2008

YANG DIPERTUAN BESAR MANGKAT

Seluruh kepimpinan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK) dan ahli-ahli persatuan ini dengan penuh dukacitanya ingin mengalungkan ucapan takziah kepada seluruh warga Istana Di-raja Negeri Sembilan di atas kemangkatan al-Marhum Tuanku Jaafar ibni al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini. Kami mendoakan agar roh baginda dicucuri Rahmat oleh Allah SWT hendaknya. Amin....

Sesungguhnya, kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar kepada persatuan ini khususnya dan rakyat Negeri Sembilan umumnya kerana baginda merupakan pendokong kuat Institusi yang berteraskan Islam di Negeri Sembilan ini. Baginda merupakan tonggak utama kepada perCjuangan Islam oleh persatuan ini. Marilah kita sama-sama hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda.

Al-Fatihah.

Isnin, Disember 08, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHHA 1429 HIJRIAH

Seluruh kepimpinan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Negeri Sembilan [PWNSDK] mengucapkan salam Aidil Adhha 1429 Hijriah kepada Ahli-Ahli biasa, Ahli-ahli bersekutu, Ahli-ahli seumur hidup persatuan ini dan semua pembaca blog ini yang tak jemu-jemu menghulurkan bantuan dan sumbangan daripada apa segi sekalipun. Menjadi harapan persatuan agar kalian semua mendapat rahmat dan kasih sayang yang berkekalan dan berpanjangan daripada Allah Subhanahu Wataala hendaknya. Insya-Allah.

SALAM AIDIL ADHHA

Ahad, November 23, 2008

lawatan ahli-ahli persatuan ke Kelantan dan Terengganu

oleh kerana laman blog ini baru diterbitkan, persatuan ingin menceritakan serba sedikit aktiviti yang telah di jalankan sepanjang tahun ini. persatuan ingin memulakan dengan menceritakan berkenaan aktiviti lawatan ke Kelantan dan Terengganu oleh ahli-ahlinya baru-baru ini.

Pada 15 hingga 18 Ogos 2008 yang lalu, Pertis Wilayah Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu. Seramai 27 orang ahli-ahli Pertis Wilayah Negeri Sembilan telah terlibat secara langsung dengan menyertai lawatan tersebut.

Mereka telah bertolak dari bangunan Pertis Wilayah Negeri Sembilan di Jalan Toman 4 jam 9:00 malam 15 Ogos dan tiba di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort pada jam 11:00 pagi 16 Ogos iaitu keesokan harinya. Di dalam lawatan tersebut, peserta lawatan telah dibawa bersiar-siar sambil membeli-belah di Kawasan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor serta di KB Mall. Pada sebelah malamnya, mereka berehat-rehat di Resort sambil menikmati keindahan pantai pada waktu malam.

Pada keesokan harinya iaitu pada 17 Ogos, mereka dibawa pula bersarapan pagi dan membeli-belah di Pasar Siti Khadijah, Pusat Bandar Kota Bharu, Bandaraya Islam. Setelah mereka selesai membeli belah, mereka dibawa pula ke Negeri Terengganu atau lebih tepat di Bandaraya Kuala Terengganu, Bandaraya Pesisir Air.

Di Kuala Terengganu, mereka telah dibawa bersiar-siar di Masjid Terapung dan juga di Masjid Kristal. Namun demekian, Masjid Kristal tidak dapat mereka lawati sepenuhnya memandangkan pada tarikh tersebut, pihak Masjid sedang mengadakan persiapan terakhir bagi mengadakan Tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa di sana.

Setelah selesai melawat di kedua-dua buah masjid tersebut, mereka di bawa pula ke Pasar Payang untuk meninjau dan membeli-belah barangan menarik yang ada terjual di sana.

Pada jam 6:00 petang, mereka meninggalkan Kuala Terengganu dan pulang semula ke Negeri Sembilan Darul Khusus. Mereka tiba di Negeri Sembilan jam 5:00 pagi, 18 Ogos 2008.

Secara keseluruhannya, lawatan muhibbah yang diadakan ini mampu mengeratkan tali silaturrahim di kalangan mereka dan memberikan pengetahuan dan gambaran tentang keindahan masjid-masjid khususnya Masjid Kristal yang mereka idam-idamkan untuk mengunjunginya sebelum ini. Di samping itu juga, mereka dapat bergembira dengan sanak famili yang mereka bawa bersama dengan membeli belah dan makan bersama serta dapat menghilangkan penat-lelah walaupun buat seketika setelah sibuk dengan kerja-kerja seharian sama di sekolah, pejabat, kedai mahupun di mana sahaja mereka mencari rezeki. walaupun mereka tidak mempunyai daya penglihatan, namun ia tidak menghalang mereka untuk bergiat dan bersosial sepertimana mereka yang mempunyai penglihatan. wallahu a'lam.

salam perkenalan

assalamualaikum dan salam sejhatera kepada pembaca sekalian. di bawah ini adalah serba sedikit mengenai persatuan sebagai pengenalan kepada pertemuan kita.

SINOPSIS PERTIS WILAYAH NEGERI SEMBILAN.

Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Wilayah Negeri Sembilan merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non Government Organization). PERTIS Wilayah negeri sembilan telah ditubuhkan pada tahun 2007. Ia telah berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (Registra Of Organizations) melalui PERTIS Pusat. (No. pendaftaran: 2388). Persatuan ini ditubuh dan ditadbir-kendali sepenuhnya oleh OKU Penglihatan. Ia terletak di No 59-2, Tingkat 2, Jalan Toman 4, Kemayan Square, Seremban. Secara amnya, keahlian PERTIS terbuka kepada semua orang Islam yang beragama Islam dan bertaraf kewarganegaraan Malaysia. Dalam hal ini, terdapat dua jenis keahlian iaitu Ahli Biasa (Ordinary Members) dan Ahli Bersekutu (Associate Members). Pintu keahlian biasa Cuma dibuka kepada OKU Penglihatan, manakala status keahlian bersekutu pula diperuntukkan kepada Bukan OKU Penglihatan. Sehingga akhir bulan September 2008, jumlah keahlian PERTIS Wilayah Negeri Sembilan telah menjangkau ke angka 50 orang. Yuran tahunan yang dikenakan adalah RM 6.00 seorang. Bagi meringankan beban yuran ahli-ahli yang sudah berkeluarga, konsep yuran ahli tanggungan turut diperkenalkan. Sementara itu, ahli-ahli juga boleh memohon taraf Ahli Seumur Hidup iaitu dengan membayar kadar yuran sebanyak RM 50.00 (sekali sahaja).

Pelbagai aktiviti telah dan sedang dijalankan bagi manfaat ahli persatuan ini khususnya di Negeri Sembilan ini. Semenjak ia ditubuhkan, antara aktiviti yang telah dijalankan ialah, mengadakan perjumpaan dengan agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun dan seumpamanya bagi menyatakan dan memperkenalkan persatuan kepada khalayak umum di Negeri Sembilan, mengadakan Lawatan sambil belajar ke Negeri Kelantan dan Terengganu yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mereka tentang bagaimana aktiviti-aktiviti sosial diadakan di luar, majlis berbuka puasa, majlis sambutan hari raya aidil fitri dan penyampaian sumbangan duit raya kepada ahli-ahli (Warga emas), dan akan datang persatuan ingin mengadakan Bengkel Solat bagi memberikan pendedahan kepada ahli-ahli tentang kefardhuan menunaikan solat secara sempurna. Di samping itu juga, persatuan merancang untuk mengadakan kelas mempelajari al-Quran Braille dan kelas-kelas fardhu ain yang lain dari semasa ke semasa.

Untuk pengetahuan umum juga, sebarang aktiviti/kegiatan yang dijalankan oleh persatuan ini bagi memberikan impak yang positif kepada ahli-ahli ini, kos setiap aktivitinya sepenuhnya datang daripada sumbangan ikhlas dan derma orang ramai yang prihatin. Oleh kerana persatuan ini bersifat islamik dan agak baru di Negeri Sembilan ini, maka dana bagi mengadakan sebarang aktiviti adalah terbatas. Disebabkan itu, pelbagai aktiviti-aktiviti penting yang telah dirancang oleh persatuan agak sukar dilaksanakan lantaran daripada kekangan kewangan yang sedang dihadapi oleh persatuan ini.

Sebarang maklumat berkaitan dengan persatuan ini atau jika anda ingin menyalurkan apa jua sumbangan kepada persatuan, bolehlah menghubungi Pengerusi PERTIS Wilayah Negeri Sembilan iaitu Encik Mohd Hairie bin Aris di talian tangannya: 0122412402 atau mengkreditkan terus sumbangan anda di nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad PERTIS Wilayah Negeri Sembilan iaitu: 05012010065731. Sumbangan tersebut akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang akan memberikan manfaat kepada OKU penglihatan Islam di Negeri Sembilan seperti Kelas al-Quran, Ceramah-ceramah berbentuk motivasi dan apa jua program yang difikirkan perlu bagi memberikan manfaat kepada mereka. Segala sumbangan ikhlas anda kepada persatuan kami amatlah kami hargai dan ucapan jutaan terima kasih kami dahulukan. Semoga Allah akan memberikan ganjaran setimpal dengan apa yang telah anda sumbangkan, Insya-Allah.