Isnin, September 27, 2010

majlis aidilfitri PWNSDK

Alhamdulillah pada 17 Sawwal 1431 Hijriah bersamaan 26 September 2010 Masihi yang lalu telah dapat dijalankan dengan lancar. Majlis aidilfitri tersebut telah dimulakan pada jam11.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 Petang. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Pengerusi PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus, ucapan perkenalan Penyelaras yang baru PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu En. Shahmar Saad dan ucapan perasmian oleh En. Abu Hassan Asyaari Razak Setiausaha Agung PERTIS Malaysia. Sambutan majlis yang telah diadakan bertujuan merapatkan ukhwah antara ahli yang hadir. Walau bagaimanapun, pihak persatuan berharap agar kehadiran ahli-ahli PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus akan dapat ditinggkatkan kehadirannya bagi menghadiri setiap program yang dianjurkan pada masa akan datang. Kami juga mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ahli-ahli PERTIS Malaysia yang turut hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri yang kami anjurkan.

Ahad, September 19, 2010

SAMBUTAN MAJLIS AIDILFITRI PWNSDK 1431H/2010M

Assalamualaikum kepada ahli-ahli PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus (PWNSDK) anda dijemput menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PWNSDK 1431H/2010M yang akan diadakan pada hari Ahad 17 Syawwal 1431 Hijriah bersamaan 26 September 2010 Masihi pada jam 10.00 Pagi bertampat di No 16 Taman Syukur Ampangan (Ibu Pejabat PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus) Kehadiran Ahli-ahli PERTIS yang berhampiran amatlah kami alu-alukan. Kepada ahli yang hadir, kami ada hadiah yang istimewa yang akan diberikan. Sekian, terima kasih

Isnin, Ogos 16, 2010

Majlis Berbuka Puasa PWNSDK 1431H

Alhamdulillah pada 14 Ogos 2010/4 Ramadhan 1431H PWNSDK telah mengadakan majlis berbuka puasa serta solat sunat tarawih. Majlis tersebut telah dihadiri seramai 30 orang termasukklah daripada ahli-ahli Jawatankuasa PERTIS ibu pejabat Malaysia. Majlis berbuka puasa PWNSDK dihadiri seramai 30 Orang. Pihak PWNSDK mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah undangan iaitu Ustaz HJ Razali bin Zakaria dan kepada Yang Dipertua PERTIS En Zakaria bin Yahya kerana mengimamkan solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih. Secara keseluruhannya majlis dapat dijalankan dengan lancar seperti mana yang dijadualkan.. Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran kepada semua yang hadir pada majlis tersebut.

Selasa, Ogos 10, 2010

Majlis Berbuka Puasa PWNSDK 2010

Assalamualaikum kepada semua ahli PWNSDK dijemput ke majlis berbuka puasa bertarikh 4 Ramadhan 1431/14 Ogos 2010 (sabtu) bermula pada pukul 4 petang hingga 10 malam. diantara pengisian sambutan majlis berbuka puasa PWNSDK ialah solat asar berjamaah, bacaan yasin dan tahlil. tazkirah ramadhan yang akan disampaikan oleh Tuan Hj Razali Pegawai Tabung Haji Negeri Sembilan, berbuka puasa, solat maghrib, solat isyak, solat sunat tarawih dan moreh. kepada yang berkesempatan kepada ahli-ahli yang lain dijemput hadir. untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung denganAJK PWNSDK. sekian harap maklum dari kami.

Isnin, Julai 26, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-15 PERTIS

Alhamdullillah pada 24 Julai 2010 (Sabtu) Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-15 PERTIS telah diadakan bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi. Turut serta menghadiri mesyuarat agung tersebut ialah beberapa orang daripada ahli PERTIS Wilayah Negeri Sembilan yang telah bersama-samah memilih kepimpinan PERTIS di peringkat PERTIS pusat. Mesyuarat tersebut telah diadakan bermula pada jam 9.00pagi dan berakhir pada jam 7.00 malam. Turut bertanding dalam Mesyuarat Agung kali ke-15 tersebut ialah En.Mohd Nasir bin Mohamed Yusoff merupakan ahli PWNSDK. Beliau telah bertanding sebanyak dua jawatan iaitu Bendahari Kehormat PERTIS dan Ahli Jawatankuasa. Walau bagaimanapun, pihak seluruh ahli PWNSDK mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah mengotakan kata-katanya ingin bertanding di peringkat pusat.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-15 ini telah melihat beberapa perubahan dalam kepimpinan PERTIS Pusat di antaranya En. Zakaria bin Yahya telah memenangi jawatan Pengerusi PERTIS sesi 2010-2012 tanpa ada pertandingan. En. Hafiz Halim memengangi jawatan Naib Pengerusi. Jawatan Setiausaha Agung PERTIS En. Abu Hasan Asyaari merangkap penasihat PWNSDK telah mengekalkan jawatannya tanpa ada pertandingan. Jawatan bendahari telah berpihak kepada En. Zamzuri Gani walaupun pertandingan yang sengit diantara 4 orang pencalonan. Tiga orang AJK biasa yang telah dipilih ialah EN. Shahmar Saad, Pn. Norfarhana dan En. Bukhari.
oleh itu, Pihak kepimpinan AJK dan seluruh ahli PWNSDK mengucapkan tahniah di atas kejayaan kepada AJK PERTIS yang baru dilantik dan diharapkan dapat menerajui persatuan dengan lebih jayanya pada masa akan datang.

Sabtu, April 17, 2010

Mesyuarat Agung Kali Ktiga PWNSDK

Assalamualaikum kepada semua ahli-ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus, (PWNSDK) kami pihak persatuan menjumput Tuan/Puan agar hadir ke Mesyuarat Agung PWNSDK kali ketiga bertempat di pejabat PWNSDK di No 16 Taman Syukur Ampangan. Mesyuarat Agungini akan bermula pada jam 9.00 Pagi dan berakhir pada jam 1.00 Petang. Mesyuarat ini bertarikh 1 Mei 2010 (Sabtu). Kami berharap agar semua ahli PWNSDK dapat hadir dan memilih kepimpinan PWNSDK yang dapat memajukan lagi PWNSDK dengan Mesyuarat inilah tuan/puan boleh menyampaikan hasrat kepada kami supaya dapat dipertingkatkan lagi perkembangan PWNSDK. Pihak PWNSDK mengalu-alukan kehadiran ahli PERTIS Pusat supaya dapat bersama-sama memerhatikan program yang dianjurkan oleh PWNSDK. Dengan kehadiran semua kami dengan hormatnya mengucapkan jutaan terima kasih. Bagi maklumat lanjut anda bolehlah menghubungi Setiausaha PWNSDK Encik Mohd Nasir bin UYusoff ditalian 0193941441.

Selasa, Februari 23, 2010

Aktiviti Sambutan Maulidur-rasul 1431H

Persatuan akan mengadakan satu majlis sambutan Maulidul-rasul 1431 Hijriah bersaman 28 Februari 2010 pada jam 10 pagi. Justeru itu, pihak persatuan mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli persatuan pada majlis tersebut sama ada ahli PERTIS Pusat dan ahli-ahli PWNSDK khasnya. hadirin sekitar Taman Syukor dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan majlis tersebut. di antara pengisian program pada majlis tersebut ialah bacaan Barzanji serta ceramah Maulidur=-rasul. Pada majlis tersebut akan dirasmikan oleh ADUN Ampangan. sekian untuk makluman:
(BERSAMALAH KITA MEMARTABATKAN SUYIAR ISLAM)