Isnin, Julai 26, 2010

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-15 PERTIS

Alhamdullillah pada 24 Julai 2010 (Sabtu) Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-15 PERTIS telah diadakan bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi. Turut serta menghadiri mesyuarat agung tersebut ialah beberapa orang daripada ahli PERTIS Wilayah Negeri Sembilan yang telah bersama-samah memilih kepimpinan PERTIS di peringkat PERTIS pusat. Mesyuarat tersebut telah diadakan bermula pada jam 9.00pagi dan berakhir pada jam 7.00 malam. Turut bertanding dalam Mesyuarat Agung kali ke-15 tersebut ialah En.Mohd Nasir bin Mohamed Yusoff merupakan ahli PWNSDK. Beliau telah bertanding sebanyak dua jawatan iaitu Bendahari Kehormat PERTIS dan Ahli Jawatankuasa. Walau bagaimanapun, pihak seluruh ahli PWNSDK mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah mengotakan kata-katanya ingin bertanding di peringkat pusat.
Pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-15 ini telah melihat beberapa perubahan dalam kepimpinan PERTIS Pusat di antaranya En. Zakaria bin Yahya telah memenangi jawatan Pengerusi PERTIS sesi 2010-2012 tanpa ada pertandingan. En. Hafiz Halim memengangi jawatan Naib Pengerusi. Jawatan Setiausaha Agung PERTIS En. Abu Hasan Asyaari merangkap penasihat PWNSDK telah mengekalkan jawatannya tanpa ada pertandingan. Jawatan bendahari telah berpihak kepada En. Zamzuri Gani walaupun pertandingan yang sengit diantara 4 orang pencalonan. Tiga orang AJK biasa yang telah dipilih ialah EN. Shahmar Saad, Pn. Norfarhana dan En. Bukhari.
oleh itu, Pihak kepimpinan AJK dan seluruh ahli PWNSDK mengucapkan tahniah di atas kejayaan kepada AJK PERTIS yang baru dilantik dan diharapkan dapat menerajui persatuan dengan lebih jayanya pada masa akan datang.

Tiada ulasan: