Ahad, Disember 28, 2008

YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN MANGKAT

Seremban, 27 Dis. -- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Jaafar pagi ini.
Sebelum ini, baginda telah dimasukkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit dada.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Istana Hinggap Seremban.


Seluruh kepimpinan Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia Wilayah Negeri Sembilan (PWNSDK) dan ahli-ahli persatuan ini mengalungkan ucapan takziah kepada seluruh warga Istana Di-raja Negeri Sembilan di atas kemangkatan al-Marhum Tuanku Jaafar ibni al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini. Kami mendoakan agar roh baginda dicucuri Rahmat oleh Allah SWT hendaknya. Amin....

Sesungguhnya, kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar kepada persatuan ini khususnya dan rakyat Negeri Sembilan umumnya kerana baginda merupakan pendokong kuat Institusi yang berteraskan Islam di Negeri Sembilan ini. Baginda merupakan tonggak utama kepada perjuangan Islam oleh persatuan ini. Marilah kita sama-sama hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda.

Al-Fatihah.

Tiada ulasan: