Selasa, Oktober 29, 2013

MAKLUMAT KEPADA AHLI

1. Notis Mesyuarat Agung Khas PERTIS 2013. Tarikh : 23 Zulhijah 1434h (28 Oktober 2013) Notis Mesyuarat Agung Khas 2013 Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) Kepada Semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah Tuan, Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan diadakan seperti berikut: Tarikh : 13 Muharam 1434 / 17 November 2013 (Ahad) Masa : 9.00 Pagi Tempat : Hotel City Vila 69, Jalan Haji Hussein, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman 50350, Kuala Lumpur 3. Kehadiran tuan ke mesyuarat berkenaan adalah seperti berikut:- i. Ahli PERTIS sahaja ii. Menjelaskan segala yuran keahlian tahunan, semasa dan tertunggak iii. Telah menjelaskan bayaran penyertaan ke mesyuarat:- a. Ahli PERTIS = RM10.00 b. Ahli PERTIS yang ingin menginap = RM30 c. Bukan Ahli PERTIS = RM 100.00 (untuk yang menginap) atau RM 50.00 (tanpa penginapan) d. Ahli PERTIS Wilayah adalah sama seperti pusat. Bagaimanapun sekiranya terdapat kos tambahan adalah tertakluk kepada Pengerusi Wilayah masing-masing. iv. Pendaftaran dianggap sah selepas segala bayaran berkaitan selesai dilunaskan 4. Untuk tujuan pendaftaran: i. Bagi ahli PERTIS Pusat, sila berdaftar dengan Cik Raihah binti Fauzi di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat; ii. Bagi ahli PERTIS di wilayah pula, sila berdaftar dengan pengerusi PERTIS wilayah masing-masing. iii. Semua pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 8 November 2013 (Jumaat) bagi PERTIS Pusat dan 7 November 2013 (Khamis) bagi PERTIS wilayah. 5. Tujuan utama mesyuarat agung khas ini diadakan adalah untuk memutuskan secara muktamad keputusan/tindakan ke atas Setiausaha Agung yang sedang digantung (En. Abu Hassan Ashari bin Razak). 6. Penganjuran mesyuarat agung khas ini selaras dengan Perkara 7 (10) (a) Perlembagaan PERTIS. Sekian, terima kasih. Yang benar, (Norlita Hanim Md Taha) AJK Pusat / Memangku Tugas Setiausaha Agung Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) 2. KARNIVAL KESENIAN PERTIS Peringkat Kebangsaan 1434 HIJRAH 2.1 PERTIS melalui Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan Islam PERTIS Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut di atas pada hari Sabtu, 28 Zulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 2 November 2013 Masihi, jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail Salleh, Kompleks MAB. Program memartabatkan seni ini akan dimuatkan dengan pengisian seperti berikut:- (1) Pertandingan Nasyid Kebangsaan PERTIS Malaysia Kali Ke-4. Kategori dipertandingkan, solo dan berkumpulan. (2) Deklamasi Sajak PERTIS Malaysia Kali Pertama. Untuk maklumat bersama, penyertaan untuk karnival di atas telah pun ditutup.Walau bagaimanapun, semua dijemput untuk adir dan menyaksikan karnival berkenaan pada tarikh, hari dan masa yang telah dinyatakan. Marilah kita bersama-sama menyokong usaha memartabatkan seni berteraskan Islam khususnya dalam kalangan golongan cacat penglihatan. 3. 2. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS WILAYAH NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.. 3.1 Kemas Kini Maklumat Ahli. Ibu pejabat PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada Setiausaha PWNSDK En. Khairul Azwan bin Wahab di talian bimbitnya Akhirnya, seluruh saf kepimpinan PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus di semua peringkat serta ingin mengucapkan selamat menyambut Awwal Muharram 1435 kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada, khususnya kepada seluruh warga PERTIS.

Tiada ulasan: