Selasa, Oktober 29, 2013
MAKLUMAT KEPADA AHLI
1. Notis Mesyuarat Agung Khas PERTIS 2013.
Tarikh : 23 Zulhijah 1434h (28 Oktober 2013)
Notis Mesyuarat Agung Khas 2013
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)
Kepada
Semua ahli PERTIS Pusat dan Wilayah
Tuan,
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut di atas akan
diadakan seperti berikut:
Tarikh : 13 Muharam 1434 / 17 November 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Hotel City Vila
69, Jalan Haji Hussein, Off Jalan Tuanku Abdul Rahman
50350, Kuala Lumpur
3. Kehadiran tuan ke mesyuarat berkenaan adalah seperti berikut:-
i. Ahli PERTIS sahaja
ii. Menjelaskan segala yuran keahlian tahunan, semasa dan tertunggak
iii. Telah menjelaskan bayaran penyertaan ke mesyuarat:-
a. Ahli PERTIS = RM10.00
b. Ahli PERTIS yang ingin menginap = RM30
c. Bukan Ahli PERTIS = RM 100.00 (untuk yang menginap) atau RM 50.00
(tanpa penginapan)
d. Ahli PERTIS Wilayah adalah sama seperti pusat. Bagaimanapun
sekiranya terdapat kos tambahan adalah tertakluk kepada Pengerusi
Wilayah masing-masing.
iv. Pendaftaran dianggap sah selepas segala bayaran berkaitan selesai dilunaskan
4. Untuk tujuan pendaftaran:
i. Bagi ahli PERTIS Pusat, sila berdaftar dengan Cik Raihah binti
Fauzi di talian ibu pejabat PERTIS, 03-40212631 pada waktu pejabat;
ii. Bagi ahli PERTIS di wilayah pula, sila berdaftar dengan pengerusi
PERTIS wilayah masing-masing.
iii. Semua pendaftaran hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 8
November 2013 (Jumaat) bagi PERTIS Pusat dan 7 November 2013 (Khamis)
bagi PERTIS wilayah.
5. Tujuan utama mesyuarat agung khas ini diadakan adalah untuk
memutuskan secara muktamad keputusan/tindakan ke atas Setiausaha Agung
yang sedang digantung (En. Abu Hassan Ashari bin Razak).
6. Penganjuran mesyuarat agung khas ini selaras dengan Perkara 7 (10)
(a) Perlembagaan PERTIS.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(Norlita Hanim Md Taha)
AJK Pusat / Memangku Tugas Setiausaha Agung
Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS)
2. KARNIVAL KESENIAN PERTIS Peringkat Kebangsaan 1434 HIJRAH
2.1 PERTIS melalui Biro Pembangunan Muslimah, Kesenian dan Kebudayaan
Islam PERTIS Malaysia akan menganjurkan karnival tersebut di atas pada
hari Sabtu, 28 Zulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 2 November 2013 Masihi,
jam 9.00 pagi hingga jam 3.00 petang bertempat di Dewan Datuk Ismail
Salleh, Kompleks MAB. Program memartabatkan seni ini akan dimuatkan
dengan pengisian seperti berikut:-
(1) Pertandingan Nasyid Kebangsaan PERTIS Malaysia Kali Ke-4. Kategori
dipertandingkan, solo dan berkumpulan.
(2) Deklamasi Sajak PERTIS Malaysia Kali Pertama.
Untuk maklumat bersama, penyertaan untuk karnival di atas telah pun
ditutup.Walau bagaimanapun, semua dijemput untuk adir dan menyaksikan
karnival berkenaan pada tarikh, hari dan masa yang telah dinyatakan.
Marilah kita bersama-sama menyokong usaha memartabatkan seni
berteraskan Islam khususnya dalam kalangan golongan cacat penglihatan.
3.
2. BERITA DARIPADA IBU PEJABAT PERTIS WILAYAH NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS..
3.1 Kemas Kini Maklumat Ahli.
Ibu pejabat PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus memohon kerjasama daripada semua ahli agar dapat
mengemas kini maklumat mengenai keahlian masing-masing seperti alamat
tempat tinggal terkini, nombor telefon, alamat email dan
sebagainya.Semua maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada Setiausaha PWNSDK En. Khairul Azwan bin Wahab di talian bimbitnya
Akhirnya, seluruh saf kepimpinan PERTIS Wilayah Negeri Sembilan Darul Khusus di semua peringkat serta
ingin mengucapkan selamat menyambut Awwal
Muharram 1435 kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada,
khususnya kepada seluruh warga PERTIS.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan