Khamis, Disember 03, 2009

laporan tahunan PWNSDK 2009

LAPORAN TAHUNAN PWNSDK 2009

Laporan Aktiviti Sambutan Ma-Al-Hijrah 1430
PWNSDK.

Alhamdulillah, pada 20 Muharram 1430 bersamaan dengan 17 Januari 2009 (Sabtu), PWNSDK telah berjaya mengadakan majlis sambutan ma-Al Hijriah dengan jayanya. Majlis tersebut telah diadakan di pejabat persatuan ini iaitu di Jalan Toman 4, Kemayan Square, Seremban. Majlis tersebut Bertemakan Hijrah Membawa Perpaduan dimana bertujuan Merapatkan Perpaduan antara ahli PWNSDK dan dapat menambah pengetahuan ahli. Majlis tersebut dimulakan pada jam 11.00 pagi dan dirasmikanm oleh Setiausaha Agung PERTIS Pusat yang juga merupakan Penyelaras kepada PWNSDK. Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan bacaan Al-Quran oleh Encik Mohd Khairul Azmi bin Saat merupakan pemenang Tempat Ketiga Pertandinagan Membaca Al-Quran di Karnival Tilawah OKU Kebangsaan Anjuran PERTIS pada Bulan November 2008 yang lalu Manakala, Penceramah jemputan seperti yang diwarwarkan sebelum ini iaitu Ustaz Mohd Yusof bin Tahir tidak dapat menghadirkan diri lantaran daripada kesihatan beliau yang tidak mengizinkan dan beliau digantikan oleh penceramah yang lain iaitu Ustaz Jasni Bin Ajom yang juga merupakan penceramah dari JAINS yang berpengalaman selama Sepuluh Tahun menyampaikan Ceramah Dakwah.
Ceramah pada hari tersebut bertajuk Hijrahkah Kita Pada Hakikatnya? berkisarkan sejarah Nabi kita menghadapi ujian dan cabaran sebelum berhijrah ke Madinah al-Munawwarah dan keadaan-keadaan semasa yang berlaku di sekitar Negeri Sembilan yang boleh diambil iktibar dan panduan khususnya untuk para remaja dan juga golongan OKU Penglihatan di negeri ini. Majlis Tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Setiausaha Agung PERTIS Pusat kepada penceramah serta diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. Majlis tersebut tamat pada jam 1.30 Petang. Secara keseluruhannya Majlis Sambutan Ma-Al-Hijrah 1430 PWNSDK dapat berjalan dengan jayanya dengan kehadiran ahli PWNSDK dan kehadiran beberapa orang ahli daripada PERTIS Pusat seramai 24 Orang.


Laporan Aktiviti Ceramah Motivasi Pengurusan Kewangan
PWNSDK

, Pada 25 Safar 1430/21 Februari 2009(Sabtu),
PWNSDK telah mengadakan satu CeramahMotivasi Kepentingan Meningkatkan Pendapatan Diri Mengikut Cara Islam. Ceramah tersebut bertemaka ”Ekonomi Cara Islam Lebih Membawa Berkat.” Ceramah tersebut telah diadakan di pejabat persatuan ini iaitu di Jalan Toman 4, Kemayan Square, Seremban. Ceramah tersebut bertujuan manambah pengetahuan ahli serta kepentingan pendapatan yang berkat dalam kehidupan seterusnya dengan aktiviti yang dianjurkan, dapat merapatkan ukhwah dikalangan ahli persatuan. Pada ceramah tersebut, ahli PWNSDK disediakan Minum Pagi sebelum Majlis bermula dimana ahli dijemput hadir jam 9.00 Pagi. Dengan Kehadiran ahli PWNSDK yang lebih awal ke vPersatuan, dapatlah ahli PWNSDK lebih bersedia ketika majlis dimulakan. Majlis tersebut dimulakan pada jam 10.00 pagi dan dirasmikanm oleh Setiausaha Agung PERTIS Pusat yang juga merupakan Penyelaras kepada PWNSDK. Manakala, Penceramah jemputan pada Ceramah motivasi tesebut iailah Encik Mohd Nasir Musa merupakan seorantg Perunding Ekonomi Bebas yang empunyai pengalaman yang luas menganalisis Ekonomi Negara Dan Dunia.
Ceramah bertajuk Kepentingan Mendapatkan Pendapatan Diri Mengikut Cara Islam berkisarkan keadaan Ekonomi yang tidak menentu mada masa kini di seluruh yang berkait rapat dengan ekonomi negara. Dengan ceramah yang disampaikan dapatlah para ahli mengambil iktibar daripada ceramahnya yang dapat dikaitkan dengan kisah Nabi Yusuff AS. Dengan interaksi dua hala yang m serta aklum balas yang amat baik diterima ahli PWNSDK yang banyak memberi pandangan untuk dikongsikan oleh semua yang hadir dan mendapat jawapan daripada persoalan yang ingin diketahui ahli daripada penceramah. Majlis Tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Setiausaha Agung PERTIS Pusat kepada penceramah serta diakhiri dengan jamuan makan tengah hari. Majlis tersebut tamat pada jam 12.30 Petang. Secara keseluruhannya ceramah motivasi yang telah diadakan berjalan dengan lancar dengan kehadiran ahli PWNSDK dan ahli PERTIS Pusat seramai 25 orang. Dengan kehadiran ahli yang lebih ramai lagi dalam program yang dianjurkan pada masa akan datang dapat PWNSDK merancangkan program yang lebih bermjanfaat untuk ahli kelak.



Laporan Aktiviti Majlis Sambutan Maulidur-Rasul 1430
PWNSDK


, Pada 2 Rabi-Ul-Akhir 1430/29 Mac 2009 (Ahad), PWNSDK telah mengadakan satu majlis sambutan Maulidur-Rasul SAW 1430 Hijriah. Majlis Sambutan Maulidur-Rasul PWNSDK bertemakan Rasul Membina Umah Gemilang. Majlis tersebut bertujuaan memperingati kelahiran junjungan besar Muhammad SAW yang diutuskan Allah SWT untuk sekalian Umah seterusnya dengan kehadiran ahli PWNSDK dapat merapatkan ukhwah dikalangan ahli persatuan didalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Majlis tersebut dimulakan pada jam 3.00 Petang yang dipengerusikan oleh Pengerusi PWNSDK Manakala, Penceramah jemputan pada majlis sambutan Mulidur-Rasul tersebut ialah Ustaz Noor Azamir merupakan seorang Pegawai Agama di Pejabat Agama Daerah Rembau Negeri Sembilan Darul Khusus Majlis Sambutan Maulidur-Rasul yang pada asalnya dijemput bernceramah telah ditukar dengan Tazkirah Maulidur-Rasul yang ringkas. Dengan kehadiran penceramah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menyampaikan ceramah yang mengaitkan kisah Junjungan Besar SAW dengan situasi yang berlaku pada masa kini. Selain daripada itu, ahli PWNSDK dapat sedikit bacaan amalan harian yang dapat meningkatkan amalan seharian didalam kehidupan.
Majlis Tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderamata oleh Bendahari PWNSDK kepada penceramah serta diakhiri dengan jamuan makan. Majlis tersebut tamat pada jam 4.30 Petang. Secara keseluruhannya Sambutan Majlis Maulidur-Rasul yang telah diadakan kurang mendapat sambutan daripada ahli disebabkan ada beberapa faktor yang menghalang ahli PWNSDK untuk menghadiri program yang diadakan dengan kehadiran ahli PWNSDK dan ahli PERTIS Pusat seramai 17 orang. Dengan kehadiran ahli yang lebih ramai lagi dalam program yang dianjurkan pada masa akan datang dapat PWNSDK merancangkan program yang lebih bermjanfaat untuk ahli kelak.




Laporan Aktiviti Mesyuarat Agung kali kedua 2009-2010
PWNSDK


, Pada 14 Jamadil-awal 1430H/9 Mei 2009 PWNSDK telah mengadakan satu Mesyuarat Agung tahunan kali kedua. Majlis tersebut bertujuaan mengamalkan sistem demokrasi dalam kepimpinan baru setiap tahun, seterusnya dengan kehadiran ahli PWNSDK dapat merapatkan ukhwah dikalangan ahli persatuan didalam setiap aktiviti yang dijalankan. Majlis tersebut dimulakan pada jam 11.00 pagi yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Shafiri Bin Jusuh Ahli Pusat Manakala, Qari jemputan pada MAT tersebut ialah Encik Ahmad Qusairi Bin Mat Zizi merupakan seorang Ahli Pusat yang sedang menuntut di Darul Quran. MAT Tersebut diakhiri dengan penyampaian ucapan Jawatankuasa baru PWNSDK serta diakhiri dengan jamuan makan. Majlis tersebut tamat pada jam 2.00 Petang. Secara keseluruhannya MAT yang telah diadakan kurang mendapat sambutan daripada ahli disebabkan ada beberapa faktor yang menghalang ahli PWNSDK untuk menghadiri program yang diadakan dengan kehadiran ahli PWNSDK dan ahli PERTIS Pusat seramai 17 orang. Dengan kehadiran ahli yang lebih ramai lagi dalam program yang dianjurkan pada masa akan datang dapat PWNSDK merancangkan program yang lebih bermjanfaat untuk ahli kelak.




Laporan Aktiviti Mesyuarat Agung Pertis Pusat kali Ke-14 2009-2010



, Pada 19 Jamadil-akhir 1430H/13 Juni 2009 Pertis Pusat telah mengadakan satu Mesyuarat Agung tahunan kalike-14. Majlis tersebut bertujuaan mengamalkan sistem demokrasi dalam kepimpinan baru setiap tahun, seterusnya dengan kehadiran ahli Pusatdapat merapatkan ukhwah dikalangan ahli persatuan didalam setiap aktiviti yang dijalankan. Majlis tersebut dimulakan pada jam 11.00 pagi yang dipengerusikan oleh Encik Zakaria Bin Yahya Naib Yang Dipertua Pertis Pusat. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato, Wan Muhammad Bin Dato, Syeikh Abdul Aziz Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. MAT Tersebut diakhiri dengan penyampaian ucapan Jawatankuasa baru Pertis Pusat serta diakhiri dengan jamuan makan. Majlis tersebut tamat pada jam 5.00 Petang. Secara keseluruhannya MAT yang telah diadakan mendapat sambutan daripada ahli. PWNSDK telah menghantar seramai 5 orang ahli yang diketuai oleh Ustaz Kamal Bin Majid Naib Pengerusi. . Mereka bertolak dari Negeri Sembilan dengan menaiki Ven yang disewa sebanyak RM300.00, kos sewa ven tersebut telah ditanggung oleh Pertis Pusat.



Laporan Aktiviti Mesyuarat Agung Khas 2009
PWNSDK


, Pada 25 Sya’ban 1430H/16 Ogos 2009 PWNSDK telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Khas 2009. Majlis tersebut bertujuaan melantik Bendahari yang baru bagi menggantikan Encik Azmi Bin Abdullah berikutan beliau meletakan jawatan tersebut.seterusnya dengan kehadiran ahli PWNSDK dapat merapatkan ukhwah dikalangan ahli persatuan didalam setiap aktiviti yang dijalankan. Majlis tersebut dimulakan pada jam 12.00 tengahhari yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Hairie Bin Aris Pengerusi PWNSDK. MAT Tersebut diakhiri dengan penyampaian ucapan Jawatankuasa baru PWNSDK serta diakhiri dengan jamuan makan. Majlis tersebut tamat pada jam 2.00 Petang. Selain mesyuarat agung khas PWNSDK juga telah mengadakan majlis perasmian pejabat baru, perasmian tersebut dengan bacaan tahlil dan doa selamat, bacaan ini telah dipimpin oleh Ustaz Kamal Bin Majid Naib Pengerusi PWNSDK merangkap Pengerusi Biro Pendidikan dan dakwah. Mesyuarat Agung Khas dan majlis perasmian pejabat baru menjadi sederhana kerana ketidak hadiran penyelaras yang baru, ahli PWNSDK ingin berkenalan dengan beliau tetapi apakan daya pulang dengan kekecewaan. Secara keseluruhannya MAT yang telah diadakan kurang mendapat sambutan daripada ahli disebabkan ada beberapa faktor yang menghalang ahli PWNSDK untuk menghadiri program yang diadakan dengan kehadiran ahli PWNSDK dan ahli PERTIS Pusat seramai 17 orang. Dengan kehadiran ahli yang lebih ramai lagi dalam program yang dianjurkan pada masa akan datang dapat PWNSDK merancangkan program yang lebih bermjanfaat untuk ahli kelak.


Laporan Aktiviti Majlis Berbuka Puasa dan Solat Trawih 1430H
PWNSDK


, Pada 15 Ramadhan 1430H/5 September 2009 (Sabtu),
PWNSDK telah mengadakan satu majlis Berbuka puasa dan solat trawih 1430 Hijriah.
Majlis Majlis ini bertujuan mengeeratkan silaturrahim sesama ahli tidak kira sama ada ahli biasa mahu-pun ahli sekutu. Majlis ini diisikan dengan program yang berpatutan sempurna bulan Ramadhan iaitu bacaan Yasin, tahlil, doa, alunan zikir munajat dan solat trawih. Majlis tersebut dimulakan pada jam 5.00 Petang yang dipengerusikan oleh Setiausaha PWNSDK Manakala, Penceramah jemputan pada majlis berbuka puasa dan solat trawih tersebut tidak dapat hadir atas beberapa sebab. Majlis Tersebut diakhiri dengan Solat trawih serta dengan jamuan makan, Majlis tersebut tamat pada jam 10.00 Malam. Secara keseluruhannya Majlis berbuka puasa dan solat trawih yang telah diadakan mendapat sambutan daripada ahli yang begitu komikment terhadap persatuan, Kehadiran ahli kali ini memuaskan seramai 35 orang daripada 70 orang.



Laporan Aktiviti Majlis Sambutan Aidil Fitri 1430H
PWNSDK


, Pada 28 Syawwal 1430H/17 Oktober 2009 (Sabtu),
PWNSDK telah mengadakan satu majlis sambutan Aidil Fitri 1430 Hijriah.
Majlis ini bertujuan mengeeratkan silaturrahim sesama ahli tidak kira sama ada ahli biasa mahu-pun ahli sekutu. Majlis ini diisikan dengan program yang berpatutan sempurna bulan Syawwal yaini bulan kemaafan iaitu bacaan ayat suci Al-quran, , Ucapan, , Cabutan bertuah sebanyak 20 cabutan. , Majlis tersebut dimulakan pada jam 11.00 Pagi yang dipengerusikan oleh Ahli Pusat Encik Mohd Shafiri Bin Jusoh Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung Pusat yang mewakili Yang Dipertua Pertis Pusat Encik Abu Hassan ashari Bin Razak. Majlis ini dapat mereka mengerat ukhwah sesama ahli serta dapat bermaaf-maafan sempena bulan yang mulia ini. Majlis ini diakhiri dengan jamuan tengah hari menu raya dan tamat pada jam 1.00 petang. Secara keseluruhannya Majlis sambutan Aidil Fitri yang telah diadakan mendapat sambutan daripada ahli yang begitu komikment terhadap persatuan, Kehadiran ahli kali ini memuaskan seramai 50 orang daripada 70 orang.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi aktiviti-aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah diatur disebabkan pihak kami menghadapi kekangan kewangan bagi maksud tersebut.. Justeru itu, bagi merialisadsikan perancangan aktiviti 2010, jasa baik para pembaca dapatlah menghulurkan sumbangan untuk kami melalui No akaun yang disediakan didalam blog ini.


[DISEDIAKAN OLEH]


-------------------------
Mohd Nasir Bin Mohamed Yusoff
Setiausaha PWNSDK


[DISAHKAN OLEH]


---------------------
Mohd Hairie Bin Aris
Pengerusi PWNSDK

Tiada ulasan: